2020 - SkyFreeze Aircond - Page 3
MENGESAN & MENGATASI KEROSAKAN AIRCOND

AIRCOND TIDAK BOLEH DI GUNAKAN

  • Tiada arus elektrik masuk ke unit aircond
  • Langkah-langkah pemeriksaan iaitu:
  1. Periksa pemutus arus ( MCB @ plug penyambungan ) menggunakan test pen sama ada arus masuk ataupon tidak.
  2. Periksa fius pada plug penyambung elektrik, jika putus ganti fius baru dengan saiz yang sama.
  3. Periksa sambungan kabel, sama ada putus , kendur, longgar @ terbakar  jika ada segera perbaiki sambungan kabel.
  • Printed Circuit Board (PCB) rosak
  • Dapat dikesan pada lampu LED ataupon pada LCD remote control.
  1. Periksa fius di bahagian PCB indoor, sama ada putus ataupon tidak.Jika putus ganti yang baru.
  2. Periksa kabel-kabel pada PCB ,jika terputus buat penyambungan baru pada PCB tersebut.
  3. Jika langkah-langkah dia atas sudah dilakukan tetapi masih bermasalah ganti PCB yang baru.

 

So, dah tahu  cara-caranya, kalau tidak berfungsi lagi , boleh  gunakan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.

PERBEZAAN DRY MODE & COOL MODE

DRY MODE

Ia bertanggungjawab untuk menghilangkan kelembapan berlebihan di dalam bilik. Ia tidak menyejukkan udara. Ia terletak di hadapan unit penghawa dingin atau di alat kawalan jauh. Anda hanya boleh menekan butang yang dibuat untuk mod ini atau memilih daripada pilihan yang tersedia dalam menu di alat kawalan jauh.

Bagaimana Dry mode beroperasi?

Apabila diaktifkan, ia menyedut air dari udara. Air yang terkumpul kemudian dikosongkan melalui paip longkang. Untuk air yang dicegah daripada dikumpulkan di unit penghawa dingin, paip longkang hendaklah dikekalkan dalam keadaan yang baik untuk menjadikan unit berfungsi dengan sempurna.

Apakah kelebihan Dry mode?

Ia menjimatkan wang anda. Tidak perlu membeli dehumidifier yang berbeza dry mode menyediakan tahap kelembapan relatif di dalam bilik.

 

COOL MODE

Ini adalah mod standard unit aircond. Unit penyaman udara berjalan dalam mod sejuk apabila dikendalikan dengan betul. Operasi yang betul apabila bahagian penyejuk udara diaktifkan, ia menyejukkan udara dengan berkesan.

Bagaimana Cool mode berfungsi?

Apabila ia dihidupkan, pemampat menyejukkan udara dengan mengeluarkan haba dan menolak udara sejuk di dalam rumah. Pilihan di jauh dan unit, membantu pengguna meningkatkan atau mengurangkan suhu udara dengan mudah.

Apakah faedah Cool mode?

Manfaat utama cool mode adalah untuk menyejukkan ruangan. Untuk cool mode supaya berkesan, unit harus dikekalkan dalam keadaan yang sangat baik.

 

So, korang dah tahu perbezaan antara Dry mode dan Cool mode, boleh  gunakan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.

 

INVERTER VS NON-INVERTER

INVERTER

  1. Harga lebih tinggi namun ianya pelaburan yang berbaloi, tapi pilihan jenama yang betul berpandukan kecekapan tenaga dan mesra pengguna.
  2. Kos pemasangan dan baikpulih juga tinggi namun boleh dielakkan sekiranya anda rajin untuk mempraktikkan apa yang di syorkan di dalam manual book yang dibekalkan bersama unit tersebut.
  3. Tidak tahan lasak kerana proses kerja unit ini lebih banyak menggunakan elektronik.
  4. Dapat menstabilkan arus elektrik ketika beroperasi ini dapat lebih 30% menjimatkan bil elektrik anda.

 

NON-INVERTER

  1. Harga lebih murah.
  2. Kos pemasangan dan baikpulih juga dah hampir sama kerana semua pengeluaran terbaru telah diarahkan menggunakan bahan pendingin R410.
  3. Alat ganti yang mungkin senang untuk didapati,dan ramai kontraktor yg mampu melakukannya.
  4. Dari segi ketahanan mungkin agak bagus sedikit dari inverter kerana semi auto.
  5. Mungkin lebih tinggi kos tenaga elektrik tapi boleh dielakkan dengan cara penggunaan yang betul dan kesesuaian bilik( kiraan yang betul dgn hp unit yg hendak digunakan) 

So, korang dah tahu perbezaan antara inverter dan non-inverter, boleh  gunakan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.

WhatsApp Kami