Tentang Kami - Sky Freeze Aircond

Sky Freeze Conditioning & Electrical Engineering ialah perniagaan tempatan dan 100% bumiputera yang ditubuhkan pada 2017 dengan harapan untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan penyaman udara yang premium. Kami telah berkembang secara progresif selama bertahun-tahun dengan jangkaan yang lebih besar untuk memenuhi keperluan pelanggan yang lebih luas.

Pada April 2023, kami meraikan peristiwa penting dengan membuka cawangan pertama kami di bandar Kemaman. Pengembangan ini adalah bukti komitmen kami terhadap pertumbuhan dan kemajuan.

Syarikat kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri penyaman udara dan semua juruteknik profesional kami diperakui sepenuhnya untuk bekerja pada semua jenama utama unit penyaman udara. Anda boleh mempercayai pakar penyaman udara kami untuk menangani semua keperluan penyejukan anda.

Pasukan juruteknik kami juga telah dilatih untuk menjadi sebahagian daripada aset kami yang paling penting. Kami telah merekrut 6 pasukan yang terdiri daripada 15 juruteknik untuk menyampaikan perkhidmatan kami dalam membekal, memasang dan menyelenggara.

Bukan sahaja perkhidmatan dan penyelenggaraan, kami juga membantu pelanggan kami dengan perundingan percuma melalui talian hotline kami. Kami akan memberi pelanggan kami penyelesaian yang terbaik.

Kami mengambil berat tentang siapa yang kami pilih untuk dibawa ke rumah atau perniagaan anda. Kemi berusaha untuk mempunyai ahli pasukan yang berbakat dan boleh dipercayai, berkongsi standard dan prinsip kami yang tinggi serta keinginan ikhlas untuk melebihi jangkaan pelanggan kami.

VISI

Menjadi syarikat No.1 di Pantai Timur dalam membantu keluarga dan kakitangan pejabat supaya menjalani kehidupan yang selesa dan proaktif melalui perkhidmatan memasang dan menyenggara penyaman udara menjelang tahun 2035.

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti bagi membantu menambah keselesaan kehidupan pelanggan pada tahun 2026.
  • Memberi dan menambah nilai pengalaman sebelum, semasa dan selepas memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada tahun 2026.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga penghawa dingin yang berkala agar mengurangkan kerugian untuk membaiki pada tahun 2026.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dan memantapkan syarikat yang kukuh agar dapat mempertingkatkan pengurusan yang lebih proaktif.
  • Mewujudkan, memantapkan & menambah nilai pekerja untuk berkemahiran penuh dalan bidang penghawa dingin dan pendawaian elektrik.
  • Bekerjasama dengan syarikat dan pekerja yang pakar dan juga berteknologi tinggi, supaya dapat menambah mutu produktiviti kerja.
WhatsApp Kami