PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBELI PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH ( PORTABLE )
Sebelum membeli sesuatu barang yang melibatkan harga dan kegunaan jangka masa panjang, kita pasti akan survey atau review dulu kan? Sama juga kalau nak beli penghawa dingin mudah alih ini.
Perkara yg perlu kita pertimbangkan sebelum beli penghawa dingin mudah alih ini :
- Mengetahui ukuran saiz ruang / bilik anda sebelum membuat pembelian adalah idea yg baik
- Sediakan satu kertas kosong utk membuat jadual perbandingan (table of different) jenama semasa survey
- Membuat tinjauan (survey) secara fizikal bagi jenama dan model di beberapa kedai perkakas elektrik seperti SENQ, Seng Heng, Best Denki, TBM, Harvey Norman, Courts mammoth, Tesco, Giant, Aeon Big, Aeon dan kedai barangan elektrik lain-lain
- Tinjauan (survey) juga boleh dibuat di laman-laman web online sell seperti Lazada, shopee, 11street dan sewaktu dengannya
- Pilihan samada 1 HP atau 1.5HP
- Keterangan produk (cooling capacity, power supply, rated input dan berat kg unit)
- Tahap kesenyapan bila beroperasi…Sound/noise power level > lagi rendah desibel atau dB(A), lagi senyap bunyinya. Purata tahap desibel mudah alih ialah 54 desibel iaitu persamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang
- Mempunyai alat kawalan jauh
- Cari produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, talian telefon atau sokongan dalam emel
Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138
atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138
Join telegram kami
https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan
Join Facebook
https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/
