November, 2020 - SkyFreeze Aircond
TIPS MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA DALAM RUMAH

1. Pastikan rumah sentiasa bersih dan elakkan pilihan dekorasi sarat

2. Jika tidak berkesempatan membersihkan rumah dengan kerap, simpan perhiasan kecil dalam almari bertutup

3. Elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana ia cenderung menjadi perangkap habuk

4. Jika anda tetap mahukan karpet sebagai penghias kediaman, pastikan ia kerap dibersihkan sebaik mungkin

5. Sekalipun dapur sudah dilengkapi penyedut asap, pastikan tingkap terbuka luas setiap kali anda memasak untuk melancarkan pengudaraan

6. Pastikan botol atau bekas mengandungi bahan kimia beracun sentiasa dalam keadaan tertutup kemas

7. Elakkan memanaskan enjin kenderaan di garaj

8. Sentiasa bersihkan perabot dan pastikan ia mendapat sedikit sinar matahari untuk mengelak kelembapan

9. Selenggara pendingin hawa mengikut jadual

10. Buat larangan merokok di dalam dan sekitar kawasan kediaman

11. Sentiasa pastikan wujud pengudaraan dalam rumah

12. Buka sedikit tingkap pada waktu malam (tidur)

13. Pertimbangkan pemasangan kipas penyedut udara di kawasan memerlukan

14. Pilih tanaman bersesuaian untuk diletakkan di dalam rumah

15. Biak tanaman yang mampu membersihkan udara daripada pelbagai risiko pencemaran seperti aloe vera, Chlorophytum comosum, sansevieria, kekwa, Chamaedorea sefritzii atau spathiphyllum.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBELI PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH ( PORTABLE )

Sebelum membeli sesuatu barang yang melibatkan harga dan kegunaan jangka masa panjang, kita pasti akan survey atau review dulu kan? Sama juga kalau nak beli penghawa dingin mudah alih ini.

 

Perkara yg perlu kita pertimbangkan sebelum beli penghawa dingin mudah alih ini :

  • Mengetahui ukuran saiz ruang / bilik anda sebelum membuat pembelian adalah idea yg baik
  • Sediakan satu kertas kosong utk membuat jadual perbandingan (table of different) jenama semasa survey
  • Membuat tinjauan (survey) secara fizikal bagi jenama dan model di beberapa kedai perkakas elektrik seperti SENQ, Seng Heng, Best Denki, TBM, Harvey Norman, Courts mammoth, Tesco, Giant, Aeon Big, Aeon dan kedai barangan elektrik lain-lain
  • Tinjauan (survey) juga boleh dibuat di laman-laman web online sell seperti Lazada, shopee, 11street dan sewaktu dengannya
  • Pilihan samada 1 HP atau 1.5HP
  • Keterangan produk (cooling capacity, power supply, rated input dan berat kg unit)
  • Tahap kesenyapan bila beroperasi…Sound/noise power level > lagi rendah desibel atau dB(A), lagi senyap bunyinya. Purata tahap desibel mudah alih ialah 54 desibel iaitu persamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang
  • Mempunyai alat kawalan jauh
  • Cari produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, talian telefon atau sokongan dalam emel

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

KELEBIHAN PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH (PORTABLE AIR COND)

 

  1. Bentuk yang ringkas dan padat (compact) – Boleh disimpan  dengan senang sama ada di dalam almari, di stor atau diruang simpanan lain.
  2. Pemasangan yang ringkas – Tidak perlu tebuk lubang dinding seleceh pemasangan wall-mounted aircond (penghawa dingin dinding) bersama unit compressor yang perlu diletakkan di luar ruang kediaman.
  3. Sangat mudah dikendalikan – Ada alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawal air-cond dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu.
  4. Mudah alih – boleh alihkan dari satu ruang ke satu ruang yg lain (bilik/ruang tamu/dapur) tanpa mengira waktu siang atau malam.
  5. Membantu anda sentiasa berasa selesa walau di ruang/bilik mana anda berada
  6. Dilengkapi roda – utk membantu anda menggerakkan ia ke mana sahaja.
  7. Pemasangan yang ringkas – Supaya boleh menikmati udara sejuk serta-merta.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

WhatsApp Kami