2020 - SkyFreeze Aircond
Mengatasi Aircond Sering Mati Hidup Sendiri

1. Thermise Otomatis AC sudah tidak berfungsi.

  • Kerosakan pada Automatic Thermise AC ini sering berlaku pada unit ac dari jenama Panasonic dan Samsung, tetapi juga boleh didapati di jenama lain. Kerosakan ini berlaku kerana jisim Thermise Automatik habis.
  • Biasanya kerosakan ini menyebabkan AC tidak terpencil, AC mematikan dirinya sendiri. Untuk cara mengatasinya atau mengatasinya, cubalah menjauhkan Thermise atau apa yang sering disebut mata kucing Thermise dari Indoor Evaporator. Atau mungkin anda boleh menggantinya dengan yang baru dan penghawa dingin anda akan kembali normal.

2. Switch atau Tombol On Off Indoor tidak normal

  • Kerosakan penghawa dingin ini biasanya berlaku pada penghawa dingin berjenama lama atau anda boleh mengatakan bahawa AC sudah tua. Suis On-Off yang tidak normal juga boleh menyebabkan AC mematikan dirinya sendiri.
  • Untuk mengatasinya dengan cara melangsungkan switch on-off tersebut dengan cara di solder, dan untuk menghidupkan dan mematikannya boleh memakai remote. Tetapi aircond tidak bisa dihidupkan atau dimatikan dengan switch atau suis on-off.

3.Error pada Modul

  • Kerosakan ini boleh berlaku kerana AC terkena voltan tinggi atau voltan elektrik rendah / tidak normal, iaitu jalur pada butang hidup-mati dengan modul dipendekkan. Untuk memperbaikinya, cuba periksa modul AC menggunakan penguji.Dan jika modul ac tidak normal, segera lekapkan litar pintas. Tetapi kerosakan ini jarang berlaku, dan untuk mencegahnya, cuba gunakan penstabil pada AC supaya arus elektrik yang memasuki AC tetap stabil, iaitu 220 Volt.
4. Timer pada Indoor Nyala atau Aktif
  • Kerosakan ini berlaku sangat kerap, biasanya pengguna AC menghidupkan Timer tetapi lupa mematikannya, dan menganggap AC tidak normal. Untuk cara memperbaikinya, matikan pemasa melalui Alat Kawalan Jauh AC.
Begitu sedikit untuk menangani AC, ia sering mati sendiri, dan jika anda masih menghadapi masalah untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan menghubungi kami.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

PANDUAN MEMILIH PENGHAWA DINGIN

Zaman sekarang ni rata-rata ramai yang nak pasang penghawa dingin samada dekat rumah atau pun dekat premis.

Ada yang terpikir nak beli penghawa dingin yang besar-besar supaya sejuk nyaman tak terhingga, tapi ada juga yang nak pasang yNg kecik-kecik sebab nak  mengikut bajet semasa poket anda pada ketika itu.

Apa pun pilihan anda, pengguna penghawa dingin ni sememangnya perlu bersedia dgn bajet bil elektrik yg pastinya akan lebih dari biasa. Mari kami kongsikan antara maklumat yang dapat membantu anda dalam memilih, membeli, menukar baru sesebuah penghawa dingin.

  1. Semak saiz bilik dan penghawa dingin.

Pastikan saiz penghawa dingin adalah bersesuaian dengan saiz ruang/bilik anda.

Saiz Bilik Saiz Unit Penghawa Dingin (HP)

12 x 12 <1.0 HP

14 x 14 1.0 – 1.5 HP

14 x 16 1.5 HP

15 x 16 1.5 – 2.0 HP

18 x 18 2.0 – 2.5 HP

21 x 21 2.5 – 3.0 HP

Saiz penghawa dingin dikira dalam bentuk hp (horse power) ataupun kuasa kuda. 1 hp bersamaan lebih kurang 746 watt

  1. Semak ‘Energy Efficiency Ration (EER)’

EER ni dalam Bahasa Melayu ialah ‘Nisbah Kecekapan Tenaga’. Biasanya bagi 1hp nilai EER antara 8 hingga 10… Semakin tinggi nilai EER makin cekap la…Keluaran bagi 1hp biasanya bersamaan 9200 BTU/jam

  1. Semak Star Rating

Biasa tengok pelekat ‘Energy Star Rating’ pada alatan elektirk anda? Makin banyak bintang yang ditunjukkan maka penghawa dingin itu adalah lebih cekap…Maksimum ada 6 bintang sahaja. Paling kurangpun sekurang-kurangnya 2 bintang.

  1. Semak kadar pengaliran udara

Kadar pengaliran udara dikira dalam unit kaki padu per minit @ cfm. 1 hp biasanya mempunyai 200-300 cfm. Makin tinggi kadarnya maka makin cepat sejuk dan lebih baik peredaran udaranya.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

TIPS MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA DALAM RUMAH

1. Pastikan rumah sentiasa bersih dan elakkan pilihan dekorasi sarat

2. Jika tidak berkesempatan membersihkan rumah dengan kerap, simpan perhiasan kecil dalam almari bertutup

3. Elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana ia cenderung menjadi perangkap habuk

4. Jika anda tetap mahukan karpet sebagai penghias kediaman, pastikan ia kerap dibersihkan sebaik mungkin

5. Sekalipun dapur sudah dilengkapi penyedut asap, pastikan tingkap terbuka luas setiap kali anda memasak untuk melancarkan pengudaraan

6. Pastikan botol atau bekas mengandungi bahan kimia beracun sentiasa dalam keadaan tertutup kemas

7. Elakkan memanaskan enjin kenderaan di garaj

8. Sentiasa bersihkan perabot dan pastikan ia mendapat sedikit sinar matahari untuk mengelak kelembapan

9. Selenggara pendingin hawa mengikut jadual

10. Buat larangan merokok di dalam dan sekitar kawasan kediaman

11. Sentiasa pastikan wujud pengudaraan dalam rumah

12. Buka sedikit tingkap pada waktu malam (tidur)

13. Pertimbangkan pemasangan kipas penyedut udara di kawasan memerlukan

14. Pilih tanaman bersesuaian untuk diletakkan di dalam rumah

15. Biak tanaman yang mampu membersihkan udara daripada pelbagai risiko pencemaran seperti aloe vera, Chlorophytum comosum, sansevieria, kekwa, Chamaedorea sefritzii atau spathiphyllum.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBELI PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH ( PORTABLE )

Sebelum membeli sesuatu barang yang melibatkan harga dan kegunaan jangka masa panjang, kita pasti akan survey atau review dulu kan? Sama juga kalau nak beli penghawa dingin mudah alih ini.

 

Perkara yg perlu kita pertimbangkan sebelum beli penghawa dingin mudah alih ini :

  • Mengetahui ukuran saiz ruang / bilik anda sebelum membuat pembelian adalah idea yg baik
  • Sediakan satu kertas kosong utk membuat jadual perbandingan (table of different) jenama semasa survey
  • Membuat tinjauan (survey) secara fizikal bagi jenama dan model di beberapa kedai perkakas elektrik seperti SENQ, Seng Heng, Best Denki, TBM, Harvey Norman, Courts mammoth, Tesco, Giant, Aeon Big, Aeon dan kedai barangan elektrik lain-lain
  • Tinjauan (survey) juga boleh dibuat di laman-laman web online sell seperti Lazada, shopee, 11street dan sewaktu dengannya
  • Pilihan samada 1 HP atau 1.5HP
  • Keterangan produk (cooling capacity, power supply, rated input dan berat kg unit)
  • Tahap kesenyapan bila beroperasi…Sound/noise power level > lagi rendah desibel atau dB(A), lagi senyap bunyinya. Purata tahap desibel mudah alih ialah 54 desibel iaitu persamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang
  • Mempunyai alat kawalan jauh
  • Cari produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, talian telefon atau sokongan dalam emel

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

KELEBIHAN PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH (PORTABLE AIR COND)

 

  1. Bentuk yang ringkas dan padat (compact) – Boleh disimpan  dengan senang sama ada di dalam almari, di stor atau diruang simpanan lain.
  2. Pemasangan yang ringkas – Tidak perlu tebuk lubang dinding seleceh pemasangan wall-mounted aircond (penghawa dingin dinding) bersama unit compressor yang perlu diletakkan di luar ruang kediaman.
  3. Sangat mudah dikendalikan – Ada alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawal air-cond dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu.
  4. Mudah alih – boleh alihkan dari satu ruang ke satu ruang yg lain (bilik/ruang tamu/dapur) tanpa mengira waktu siang atau malam.
  5. Membantu anda sentiasa berasa selesa walau di ruang/bilik mana anda berada
  6. Dilengkapi roda – utk membantu anda menggerakkan ia ke mana sahaja.
  7. Pemasangan yang ringkas – Supaya boleh menikmati udara sejuk serta-merta.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

 

Pengenalan sistem unit chiller

Pengenalan sistem unit chiller

  • Sistem Indirect Expansion –menggunakan medium lain untuk penghantaran udara dingin melalui konsep pemindahan haba. Digunakan pada sistem berkapasiti besar dan luas. Sistem Penyejukan Berpusat Sistem District Cooling.
  • Sistem Direct Expansion (DX system) – hanya menggunakan bahan dingin sebagai agen penyejuk terus kepada pengguna.Digunakan pada sistem berkapasiti kecil (domestik)
  1. Split Unit
  2. Window Unit
  • Sistem Penyejukan berpusat dan sistem District Cooling merupakan proses kitaran pendinginan udara pada satu lokasi yang kemudian diagihkan kepada semua arah atau lokasi yang lain.
  • Sistem ini memiliki beberapa komponen utama iaitu unit penyejuk atau Chiller, Air Handling Unit (AHU), menara pendinginan, sistem pam, sistem perpaipan, sistem saluran udara atau ducting dan sistem kawalan operasi

 

 

 

 

Penyelengaraan

Penyelenggaran adalah sebahagian kerja dan tugas seorang mekanik atau juruteknik dalam penyejukan dan penyamanan udara.

Jenis – jenis penyelenggaraan ialah

  • Penyelenggaran berkala/ Routine maintenance/ Periodic maintenance
  • Penyelenggaran mencegah/ Prevantive maintenance
  • Penyelenggaraan Luar Jangkaan/Breakdown / Force maintenance

Tujuan penyelengaraan

  1. Memastikan sistem sentiasa beroperasi pada tahap keupayaan yang sebenar
  2. Membantu memanjangkan jangka hayat komponen-kompenen pada sistem.
  3. Menentukan sistem tidak mudah ditimpa masalah dan kerosakan dan kerosakan semasa

Kerja-kerja Penyelengaraan

  • Kerja ini hendaklah dibuat dengan meliputi setiap aspek.
  • Penyelenggaraan haruslah dibuat mengikut aturan dan sistemetik.
  • Kerja penyelenggaraan yang baik membantu mekanik itu sendiri pada masa akan datang dalam menyelesaikan tugasnya.
  • Penyelenggaraan keatas sistem adalah melibatkan kerja-kerja berikut;
  1. Pembersihan dan servis
  2. Pemeriksaan
  3. Rekod dan laporan.

Pembersihan dan servis

Kerja – kerja pembersihan dan servis adalah

  • Membersih dan memcuci penapis udara
  • Membersih dan memcuci fin pada gegelung penyejat
  • Membersih dan mencuci gegelung pemeluwapMembersih saluran paip air bangunan
  • Membersih keseluruhan bahagian lua unit.Membersih bahagian takungan air di menara pendingin
  • Membuat pelincran(Greasing) pada bearing.mengetat skru, bolt dan nat yang longgar.
  • Membersih papan suis dan litar penghidup dari habuk.Mengetat skru pengikat pada setiap terminal pendawaian.

RUMUSAN

  • Cara – cara penyelanggaran bergantung kepada jenis- jenis chiller yang digunakan.
  • Setiap unit penyejukan chiller perlu ada kad penyelanggaran bagi memastikan sesuatu unit itu beroperasi dengan sempurna. Kad penyelanggaraan ini juga dapat menentukan samada sesuatu unit itu masih boleh digunakan atau sebaliknya.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Join Facebook

https://www.facebook.com/skyfreeze.ktn/

KELEBIHAN MODEL CASSETTE UNIT
  1.  Mempunyai 4 flow angin dan 4 swing yang keluar dari unit, sebab tu dia bentuk segi empat.
  2. Angin sejuk yang keluar dari kiri dan kanan serta depan dan belakang serentak. So unit ni memang mampu untuk menyejukkan kawasan tu dengan cepat mengikut keluasan beserta horse power.
  3. Model ini juga mempunyai water pump yang tersendiri tau , water pump ini fungsinya untuk pump air dari coil indoor yg ada pada unit keluar halaman. So kalau anda nak letak paip air atas pada unit pun boleh ,tak perlu buat paip air turun kebahawah terus.
  4. Dibekali dengan sensor yang kuat. Aircond cassette yang memiliki sensor ganda mampu memaksimkan kerjanya dalam menurunkan suhu udara di seluruh ruangan dengan keluasan yang luas. Sensor ini sendiri akan meningkatkan sistem kerja pendingin udara sehingga menciptakan kesegaran yang maksima.
  5. Terdapat kendalian aliran udara. Pada proses mengatur aircond cassette diarahkan agar aircond ini mudah untuk kita kawal, sehingga penyebaran suhu udara jauh lebih merata dan cepat.
  6. Enfensi aliran udara. Dengan kawalan  yang baik, maka aliran udara dari aircond ini akan secara merata, sehingga tidak ada keluar pada aliran udaranya. Hal ini mampu menjimatkan elektrik yang digunakan serta menjimatkan wang anda.
  7. Dilengkapi dengan pengesan jumlah orang yang ada dalam ruangan. Sensor infrared pada aircond ini boleh mengesan  jumlah orang yang ada pada suatu ruangan yang dipasang aircond  cassette. Jika sensor tersebut pengesan jumlah orang yang lebih banyak maka suhu udara akan akan dibuat semakin dingin, demikian juga jika pengesan jumlah orang sedikit maka suhu udara akan dikurangkan.
  8. Penjagaan aircond  yang mudah dan cepat.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

PUNCA ELEKTRIK TRIP DI RUMAH ATAU BANGUNAN

       1. Petir atau guruh yang kuat.

  • Pernah juga terjadi, petir yang kuat menyebabkan trip dan letupan (selalunya terjadi pada rumah/bangunan dengan wiring lama)

      2. Barangan elektrik yang sudah rosak

  • Oven, cerek elektrik, mesin basuh, dan lain2 kadangkala menjadi punca elektrik trip. Kalau barangan elektrik tersebut terus diguna pakai, maka elektrik akan asyik trip berulang kali.

      3. Pepasangan elektrik yang rosak atau gagal berfungsi

  • Lampu, kipas yang rosak juga boleh menyebabkan trip.

      4. Wiring dah lama

  • Selalunya kes seperti ini terjadi pada rumah/bangunan lama. Wiring mungkin sudah terlalu lama dan mereput di dalam dinding menyebabkan trip. Pernah juga terjadi, wiring mereput di banyak tempat, yang memerlukan wiring baru.

      5. System wiring yang salah

  • Kes ini jarang berlaku, tetapi tidak mustahil berlaku terutama sekali di kawasan perumahan tidak terancang. Juga berpunca dari tuan rumah yang mahukan quotation termurah, maka hasil kerja juga termurah. Pastikan anda berurusan dengan kontraktor tempatan yang bertauliah.

      6. Gangguan serangga @ binatang pada wiring dan pepasangan elektrik

  • Semut, tikus, anai-anai; boleh jadi punca trip. Bahaya jika tikus gigit kabel kemudian kabel terdedah pada air, boleh menyebabkan kebakaran.

      7. Kabel atau alat pepasangan yang tidak berkualiti

  • Kabel atau alat pepasangan elektrik yang tidak berkualiti selalu nya murah; namun harus diingat bahawa ianya merbahaya kerana ia akan beri kesan jangka panjang.

      8. Lebihan beban pada litar (overload)

  • Kes ini terjadi apabila load elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load. Boleh melibatkan singlephase, 2phase yang memerlukan sistem upgrade.

Jom hubungi kami di nombor
.
>>> 017-5005138

atau boleh terus whatsapp direct ke
.
✆ http://www.wasap.my/60175005138

Join telegram kami

https://t.me/skyfreeze_aircondkuantan

Pekerja TNB kongsi tips jimat elektrik wajib anda tahu.

1. GUNAKAN TEKNOLOGI INVERTER

Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.

Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.

Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

2.PERALATAN ELEKTRIK BERSTATUS 5 BINTANG

Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual.

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3.TIDAK MENGGUNAKAN ALAT-ALAT PEMANAS ELEKTRIK

Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami  ini termasuklah:

  • pemasak nasi elektrik
  • cerek air elektrik
  • water dispense

Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.

Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.

4.MENGGUNAKAN LAMPU LED

Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

5.MENCABUT PLUG SELEPAS MENGGUNAKAN ALAT ELEKTRIK

Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang diguna pakai.

Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

6.MENGGUNAKAN ‘TURBINE VENTILATOR’ DI BUMBUNG

Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.

Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

7.MENANAM POKOK DI DALAM DAN LUAR RUMAH

Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.

Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.

8.PENGGUNAAN ELEKTRIK PENGHAWA DINGIN DAPAT DIKURANGKAN DENGAN SUHU SEKELILING YANG RENDAH

Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.

Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.

Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

Boleh dapatkan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.

 

Tip guna aircond ketika musim panas untuk jimatkan elektrik

1. Laraskan suhu sekitar 24 ke 26 darjah celcius

TNB menyatakan bahawa antara langkah utama dalam menjimatkan penggunaan peralatan elektrik seperti pendingin hawa adalah dengan melaraskan ia kepada suhu yang sedang-sedang sahaja yakni 24 hingga 26 darjah celsius. Dengan suhu yang sederhana (tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas) ini, sudah pasti ia sudah mampu membuat anda berasa nyaman serta membuat peralatan ini tidak mudah rosak dan tahan lebih lama.

2. Servis dengan lebih kerap

Sama seperti peralatan elektrik yang lain seperti kipas, lampu atau peti sejuk, aircond juga perlu menjalani servis sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali. Tujuan ia dilakukan adalah untuk membersihkan atau menukar penapis pendingin hawa agar dapat memaksimumkan potensi penyejukan peralatan ini. Untuk pengetahuan anda, penapis yang kotor atau rosak akan menghalang laluan udara sekali gus mengurangkan kecekapan fungsinya.

3. Tutup semua pintu, tingkap dan lubang untuk kesan terbaik

Ketika musim panas ini, sudah pasti kita semua mahu aircond yang dipasang dapat menyejukkan bilik kita. Jadi, apakah trik yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat ini? Caranya, tutup semua pintu, tingkap dan lubang ketika pendingin hawa dipasang untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Cuma jangan kunci diri di dalam bilik seorang diri, ya? Takut ada kecemasan pula nanti, susah untuk berlari keluar.

4. Tetapkan masa untuk aircond terpadam sendiri

Seiring dengan zaman teknologi kini, kebanyakan peralatan elektrik mempunyai sistem “sleep” atau terpadam sendiri, sama seperti komputer atau televisyen. Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik sekiranya pengguna tertidur atau terlupa untuk memadamkannya di saat sudah tidak lagi mahu menggunakannya. Jadi, sila tetapkan waktu spesifik anda mahu menggunakannya, okay.

Boleh dapatkan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.

WhatsApp Kami