Tip guna aircond ketika musim panas untuk jimatkan elektrik
1. Laraskan suhu sekitar 24 ke 26 darjah celcius
TNB menyatakan bahawa antara langkah utama dalam menjimatkan penggunaan peralatan elektrik seperti pendingin hawa adalah dengan melaraskan ia kepada suhu yang sedang-sedang sahaja yakni 24 hingga 26 darjah celsius. Dengan suhu yang sederhana (tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas) ini, sudah pasti ia sudah mampu membuat anda berasa nyaman serta membuat peralatan ini tidak mudah rosak dan tahan lebih lama.
2. Servis dengan lebih kerap
Sama seperti peralatan elektrik yang lain seperti kipas, lampu atau peti sejuk, aircond juga perlu menjalani servis sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali. Tujuan ia dilakukan adalah untuk membersihkan atau menukar penapis pendingin hawa agar dapat memaksimumkan potensi penyejukan peralatan ini. Untuk pengetahuan anda, penapis yang kotor atau rosak akan menghalang laluan udara sekali gus mengurangkan kecekapan fungsinya.
3. Tutup semua pintu, tingkap dan lubang untuk kesan terbaik
Ketika musim panas ini, sudah pasti kita semua mahu aircond yang dipasang dapat menyejukkan bilik kita. Jadi, apakah trik yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat ini? Caranya, tutup semua pintu, tingkap dan lubang ketika pendingin hawa dipasang untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Cuma jangan kunci diri di dalam bilik seorang diri, ya? Takut ada kecemasan pula nanti, susah untuk berlari keluar.
4. Tetapkan masa untuk aircond terpadam sendiri
Seiring dengan zaman teknologi kini, kebanyakan peralatan elektrik mempunyai sistem “sleep” atau terpadam sendiri, sama seperti komputer atau televisyen. Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik sekiranya pengguna tertidur atau terlupa untuk memadamkannya di saat sudah tidak lagi mahu menggunakannya. Jadi, sila tetapkan waktu spesifik anda mahu menggunakannya, okay.
Boleh dapatkan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.
