KITARAN ASAS SISTEM PENYEJUKAN

Kitaran penyejukan menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem penghawa dingin kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R32 yang lebih mesra alam.

  • Compressor (pemampat) akan memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor (pemeluwap) melalui discharge line.

 

  • Condensor (pemeluwap), haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid line.

 

  • TXV (Peranti pemeteran) akan mengawal pengaliran cecair bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan rendah dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.

 

  • Evaporator (penyejat) haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line. Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.

Untuk unit penghawa dingin yang terkini dan menjimatkan tenaga, sistemnya mengawal compressor berkerja. sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Oleh itu kita dinasihatkan untuk melaras suhu nominal antara 20 ~ 24 darjah celcius sahaja dan tips membeli air cond dipatuhi. Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat.

Boleh dapatkan perkhidmatan dari kami di Sky Freeze Aircond Kuantan.